harini mmg femes pasal listen ni. ble aku tgok video tu aku rase sesuatu. aku perasan dlm byk2 org yg bersorak, bertepuk tgn tu ade golongan yg buat muka tanda tak setuju dgn tindakan gadis listen tu. dan inilah sunnatullah! setiap kelompok yg x berapa bagus pasti ade at least seorg yg bagus. same mcm ape yg Allah ckp dlm quran. surah alqalam.
16. (Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
17. Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
18. Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
19. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
20. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
21. Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
22. (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
23. Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
24. "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
25. Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
26. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
27. Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
28. Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
cuma bezenye org2 dlm video tu tak berani bersuara mcm org dlm ayat 28 surah qalam ni. tp aku pasti rasa bersalah tu mst ade kt hati dorg. aku x sure kalau aku kt tmpt tu time tu aku kategori yg mane. mayb aku geng miss listen. maybe geng bavani. maybe geng yg berdiam dri tp sbnanye tak setuju. aku rase iman kte yg akan tentukan dimana kte. ble Allah memilih mereka tok berada dlm situasi tu, mereka adalah sgt terpilih! Allah nk mereka lebih berfikir dr org2 lain yg hanya melihat situasi tu melalui video. dan kite yg tgok video pon mula buat pelbagai assumption. kte terpedaya wiiihiii!!!
berada dlm golongan yg sedikit yg cuba menegakkan kebenaran adlh sgt sukar. iyela. bygkn sekeliling kte adalah kebatilan dan tiba2 kte sorg je sebok nk tegakkan kebenaran. bavani berani menyuarakan ape yg die rase. mungkin ade yg die salah tp die berani. aku berani gak tp berani kat org2 yg lembut je. hehhehe. aku pon selalu bangkang gak. tp kat naqibah ngn org2 tertentu je. and bantah2 aku tu lebih kpd emosi :( aisshhh aku ni x mnjadi qudwah langsung! Allah sebenarnye sedang mngaja org2 kt dewan tu, org2 yg menonton video tu utk jadi org yg berani. bavani bkn je berani tok suarakan ape yg die rase. tp jugak berani tok terime kutukan. ni paling susah skali aku rase! sbb aku jenis berani nk suarakn pendpt tp sape kondem mmg aku banned!.. hahhahaha
semoga Allah campakkan keberanian bavani dlm hati kita semua. berani menyuarakan pndpt, berani jugak menerima kutukan.
No comments:
Post a Comment