Tuesday, March 19, 2013

Bonda, ayahanda dan adik2 manja!

Aku x sure kenapa hari fmly aku smpai airport tu aku sgt nervous smpai muntah 2 kali. Aku mcm takot sbb da lame x jumpa, takot kalau spnjg mereka ade dgn aku, aku x jaga hati dorang. Cuak sgt.

So far so good but still aku rse tak puas. Aku sendiri ragu2 layanan mcm mane yg ptot aku bg hingga aku sendiri puas terhadap dri sndri. Aku tau duit tak mampu ganti kasih syg, kebaikan, keikhlasan manusia. Tp harus bagaimana semua elemen2 ni dpt diterjemah.

Saat aku melihat wajah ayahanda dan bonda, aku rase nk nangis. Ayahanda dan bonda ku sudah tua. Setahun tak jumpa tp setahun benar2 telah memakan usia mereka. Malam pertama bersama mereka aku tak dpt tdo mula2 tu sbb asyik dok fikir je realiti yg aku nafikan bahawa mereka tidak segagah dulu. Ohhh nak nagis!!

Esoknya before keluar, aku mcm biase sapu fellina inchloss pd muka dan ehem2. Pastu nk sapu pd tgn bonda sbb takot tgn mk kering. Terkejot!! Kasar. Uratnya bertimbul. Ade suara halus dr bibir bonda 'lembutnya tgn k.ngah'. Aku mmg time tu da rse nk nangis sgt tp aku cpt2 ckp 'iye r da lame xde kenduri mcm kt umah tok. Xde la basuh pinggan byk2'. Plg byk pon 20 je' pastu aku dan bonda same2 gelak. Terus aku g bilik air lap air mata.

Malam berikutnya bonda bercerita tntg sakit lututnya. Sungguh aku xtau sakitnya hingga x mmpu solat berdiri. Lagi sekali nk nangis. Timbul pula hanashi lain berkenaan sistem pembuangan. Sama dgn ayahanda, bonda juga sebenarnya ada masalah yg sama cuma jenisnya lain yg bonda mungkin tak sedar. Bonda dan ayahanda cerita dlm keadaan gelak2 tp aku tak fokus langsung. Aku masih rase mahu mendenykn realiti.

Bonda dan ayahanda sempat juga bercerita tentang pemergian arwah pakteh. Hari mereka bercerita adalah hari yg sama kecohnya kisah akh iman. Saat mereka bercerita, aku melihat wajah mereka dgn pelbagai pemikiran. Antara kami siapakah yg akan bertemu Allah terlebih dahulu. Antara kami siapakah yg akan memandikan siapa. Ntah kenapa aku jd nampak apa yg k.yong maksudkan tempoh hari. Saki baki hidupku dan hidup bonda, ayahanda perlu dimaksimumkan dgn bakti kpd mereka. Tapi cara bakti ku mungkin tak kan sama dgn cara org lain. Allahurabbi, tunjukkan ku jalan.

Adik2 manja semakin membesar. Semakin manja. Semoga adik2 membesar dgn manja bersama iman didada.

No comments:

Post a Comment